Oleh: MaMiLah
![](https://static.wixstatic.com/media/27a735_3b886ae77d1a4cbd82652a8456392f61~mv2.jpg/v1/fill/w_960,h_960,al_c,q_85,enc_auto/27a735_3b886ae77d1a4cbd82652a8456392f61~mv2.jpg)
10 Oktober telah dipilih sebagai Hari Kesihatan Mental Sedunia setiap tahun. Masalah gangguan perasaan, sakit mental, depresi, stres, kemurungan, perubahan emosi dan rasa gelisah menjadi antara masalah baru dalam kesihatan utama di dunia.
Penyakit ini bahaya jika tidak dirawat dengan lebih awal dan boleh mendatangkan kesan lebih parah kepada pesakit, iaitu sehingga ada yang sanggup membunuh diri.
Tidak ketinggalan yang sentiasa mencuri tumpuan adalah dalam kalangan selebriti di seluruh dunia kerana mengalami depresi dan memilih untuk membunuh diri.
1. Hem Hemmawat Nittayaros
![](https://static.wixstatic.com/media/27a735_bf6d5b25391a403bbb74215b71649521~mv2.jpg/v1/fill/w_671,h_336,al_c,q_80,enc_auto/27a735_bf6d5b25391a403bbb74215b71649521~mv2.jpg)
Pelakon dan pengacara daripada Thailand ini telah menggemparkan industri hiburan negara itu yang telah menggantung dirinya di dalam sebuah kondominium miliknya. Pada malam kejadian, Hem bersama kekasihnya sebelum bertindak menggantung diri pada 4.45 pagi, 25 September 2019 yang lalu.
Menurut kekasih Hem, pelakon itu runsing dan tertekan kerana masalah kewangan yang sedang dihadapinya.
2. Chester Bennington
![](https://static.wixstatic.com/media/27a735_74a57858f1b54e39a6414302bedfefff~mv2_d_1360_2048_s_2.jpg/v1/fill/w_980,h_1476,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/27a735_74a57858f1b54e39a6414302bedfefff~mv2_d_1360_2048_s_2.jpg)
Kematian Chester Bennington pada 20 Julai 2017 ditemui mati dalam keadaan tergantung di kediamannya juga sangat mengejutkan industri muzik seluruh dunia.
Mendiang merupakan vokalis kumpulan terkenal, Linkin Park kerana masalah yang dialaminya apatah lagi setelah kehilangan teman rapat, Chriss Cornell yang juga mati kerana bunuh diri. Salah satu faktor yang mendorong adalah tekanan daripada kecil kerana kekerapan didera sewaktu Chester masih lagi kecil.
3. Kim Jong-Hyun
![](https://static.wixstatic.com/media/27a735_ce0ea2dcf0be40fb9a192a6347a5790e~mv2.png/v1/fill/w_980,h_639,al_c,q_90,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/27a735_ce0ea2dcf0be40fb9a192a6347a5790e~mv2.png)
Kejadian yang menggemparkan industri muzik Korea terutama peminat kumpulan idol terkenal, Shinee telah membunuh diri dan meninggalkan mesej kepada kakaknya.
Kim Jong-Hyun dilaporkan mati bunuh diri pada 18 September 2017, kerana mengalami masalah depresi dan tekanan di dalam industri muzik.
4. Robin Williams
![](https://static.wixstatic.com/media/27a735_ce92898af82249a3a6b3e40c15da0f5e~mv2.jpg/v1/fill/w_500,h_333,al_c,q_80,enc_auto/27a735_ce92898af82249a3a6b3e40c15da0f5e~mv2.jpg)
Dikenali kerana perwatakan yang periang seperti tidak mempunyai masalah ini sebenarnya menderita masalah psikologi setelah didiagnosis menghidap Parkinson.
Dikatakan, mendiang berasa sangat tertekan dan tidak dapat menerima keadaannya yang sakit sehingga sanggup untuk membunuh diri pada 11 Ogos 2014.
5. Kurt Cobain
![](https://static.wixstatic.com/media/27a735_399d14bf0b574473af31800870a1eb43~mv2.jpg/v1/fill/w_968,h_681,al_c,q_85,enc_auto/27a735_399d14bf0b574473af31800870a1eb43~mv2.jpg)
Vokalis kumpulan Nirvana, Kurt Cobain juga antara selebriti Hollywood yang memilih untuk mengakhiri hidupnya dengan bunuh diri pada usia yang sangat muda, 27 tahun pada tahun 1994.
Kurt telah membunuh diri dengan cara yang tragis iaitu menembak dirinya sendiri di dalam rumahnya.
Sumber: Remaja
Comments