top of page
Search

Pemimpin dalam dunia yang kini hampir pupus. Gelaran 'The Poorest President'.

mangkuk13tingkat

Oleh: MaMiLah


Sumber: Time

Merupakan Presiden ke-40 daripada Uruguay ini telah diberi mandat pada 1 Mac 2010 yang lalu. Beliau dipilih rakyatnya kerana terkenal dengan sifatnya yang sangat mesra kepada rakyat dan merupakan seorang yang dermawan. Beliau, Jose Mujica.


Hadir daripada keluarga yang miskin merupakan satu titik bagi beliau. Ibunya seorang penghijrah dari Itali dan bapanya sendiri lahir dari keluarga petani dan pernah juga diisytiharkan muflis. Jadi, pengalaman hidup yang susah, menjadikan beliau perlu untuk melakukan sesuatu untuk memperbaiki kehidupan rakyat Negara Uruguay.

Sumber: AP News

Bukan sahaja sangat memahami dan dermawan, beliau juga hidup serba sederhana dengan pilihannya sendiri. Jose Mujica dan isteri hanya hidup di sebuah rumah usang dan memandu kereta klasik miliknya yang berharga RM 6023 iaitu Volkswagen Beetle. Pilihan hidupnya hanyalah secara hidup orang kampung.


Bukan itu sahaja, beliau juga telah mendermakan 90% daripada gali bulanan kepada golongan miskin dan usahawan kecil di negara beliau dan hanya membelanjakan selebihnya untuk kegunaan sendiri.


Wowwww kan.... siapa la yang sanggup buat macam tu kan, kt Malaysia ada ke? hrmmm.


Jose Mujica juga cuma diawasi oleh 2 orang anggota polis biasa sahaja dan seekor anjing peliharaannya untuk memastikan keselamatan beliau terjaga...


Begitupun, beliau tidak merasa hidupnya miskin dan susah.... Hebat bukan???

Sumber: KNKX

Nampak tak kt atas ni gambar kehidupan kampung seorang Pemimpin Negara Uruguay. Sangat sederhana.


Selain kehidupan yang sederhana, pada zaman pemerintahannya, beliau juga telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada 37% kepada 11% dan rakyatnya mampu untuk menikmati peningkatan gaji, kadar pengangguran yang sangat rendah dalam sejarah dan juga mampu untuk menyediakan pendidikan dan komputer percuma kepada setiap pelajar sekolah di Uruguay.

Sumber: Covert Geopolitics

"Apabila seseorang itu diangkat sebagai pemimpin, dia akan pastikan tiada sesiapa pun yang akan lebih daripadanya. dia rasa dia perlukan istana, karpet merah dan orang di belakangnya berkata 'Ya Tuan'. Jujur bagi saya sikap semua itu sangat menyedihkan untuk dipraktikkan" - Jose Mujica, Presiden ke-40, Uruguay.


Sumber: BBC News dan Hanaffi Ibrahim

16 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Post: Blog2_Post

©2019 by Mangkuk 13 Tingkat. Proudly created with Wix.com

bottom of page