top of page
Search

MISTERI PEMBUNUHAN 'THE FROG BOYS' DI KOREA SELATAN YANG TIDAK TERUNGKAI SEHINGGA KINI

mangkuk13tingkat


















Oleh: MARRY ANNE


Pada tahun 1991, ketika Korea Selatan sedang sibuk dengan pemilihan demokratik yang pertama dalam tempoh 30 tahun. Tetapi di sebuah kampung di Daegu, 5 bapa menghadapi mimpi buruk yang paling buruk. Lima kanak-kanak lelaki berjalan di pergunungan Waryong dan mereka tidak pernah kembali.


5 kanak-kanak tersebut sebenarnya ingin ke pergunungan tersebut untuk mencari telur salamendar. Namun disebabkan ramai penonton Korea tidak tahu apa itu salamander kanak-kanak yang hilang tersebut lebih dikenali dengan panggilan 'Frog Boys'


Sepuluh tahun kemudian, pada 22 September 2002 mayat-mayat itu dijumpai berhampiran jarak tembakan tentera.


Keadaan mayat mereka seolah-olah berlonggok dan polis menganggap mereka meninggal dunia kerana kesejukan.


Kesimpulan polis itu mendapat bantahan penduduk kampung. Ini kerana budak-budak itu sudah mahir dengan selok-belok gunung Waryong dan kawasan sekitarnya. Mereka sudah banyak kali hiking di gunung Waryong, dan mayat mereka ditemui hanya dua kilometer dari rumah mereka.


Jika mereka kesejukan, takkan mereka tidak terdengar bunyi trafik dan juga nampak sebarang cahaya?


Polis mendakwa tiada unsur jenayah pada mayat mereka, walaupun ada antara tengkorak budak-budak itu yang berlubang.


Bagaimanapun, penyiasatan terperinci telah dijalankan pada m4yat mereka untuk mengenal pasti punca kematian, dan akhirnya polis telah mengesahkan kesilapan mereka.


Kelongsong peluru telah ditemui berdekatan mayat Frog Boys. Mayat mereka diikat dengan salah satu dari lengan baju salah seorang dari kanak-kanak itu.


Tengkorak mereka tembuk, besar kemungkinan akibat pukulan objek tumpul, atau tikaman dari satu objek tajam yang tidak dapat dikenal pasti sehingga kini.


Lumut telah tumbuh dalam tengkorak mereka dan ini menandakan mereka telah ditanam secara tergesa-gesa.


Ini kerana, mayat mereka ditanam di dalam saluran di pinggir gunung dan air yang mengalir akhirnya menghakis tanah dan menyebabkan mayat mereka timbul ke permukaan tanah tidak lama selepas ditanam.


Tetapi hingga ke hari ini, kes itu tidak pernah disiasat sepenuhnya.



57 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Post: Blog2_Post

©2019 by Mangkuk 13 Tingkat. Proudly created with Wix.com

bottom of page