![](https://static.wixstatic.com/media/27a735_ff14ce6b3fcd464dada2248835130984~mv2.jpg/v1/fill/w_830,h_553,al_c,q_85,enc_auto/27a735_ff14ce6b3fcd464dada2248835130984~mv2.jpg)
Oleh: MARRY ANNE
Bayi yang ditanam hidup-hidup ditemui secara tidak sengaja oleh Hitesh Sirohi, salah seorang penduduk, di sebuah kampung di India, yang mahu mengebumi mayat anak perempuannya yang mati sebaik sahaja dilahirkan.
Ketika mengorek lubang, penyodoknya terkena sebuah bekas diperbuat daripada tanah, lapor AFP.
Namun selepas tanah digali pada kedalaman tiga kaki, mereka menemui periuk tanah dan terdengar bayi menangis.
Hitesh yang pada mulanya menyangka ia merupakan tangisan anaknya yang baru meninggal terkejut apabila membuka penutup periuk tersebut, mereka menemui seorang bayi perempuan yang dipercayai ditanam hidup-hidup.
Bayi malang itu kini dalam keadaan kritikal dan sedang bertarung dengan nyawanya. Pakar paediatrik, Ravi Khanna memberitahu, bayi perempuan itu dalam keadaan kritikal disebabkan jangkitan dan platlet darah yang rendah.
Pembunuhan anak perempuan bukan perkara baharu di India malah kian menular. Pembunuhan bayi perempuan berlaku secara meluas di India kerana ibu bapa lebih memilih untuk membesarkan anak lelaki yang dilihat sebagai pembawa keuntungan dan pewaris keluarga berbanding anak perempuan yang dianggap sebagai beban.
Ia ekoran tanggapan bahawa anak perempuan menjadi beban kepada keluarga berbanding anak lelaki yang dianggap sebagai pewaris dan merupakan satu pelaburan.
Polis masih mencari ibu bapa yang dipercayai menanam bayi berusia lima hari tersebut.
Comentarios