Oleh: MaMiLah
![](https://static.wixstatic.com/media/27a735_b824a84b99224024842a93102eeff3c2~mv2_d_2362_1575_s_2.jpg/v1/fill/w_980,h_653,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/27a735_b824a84b99224024842a93102eeff3c2~mv2_d_2362_1575_s_2.jpg)
Pakaian renang untuk Muslimah bukanlah lagi sesuatu yang baru dan pelik apatah lagi dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.
Jika sebelum ni, pemakaian untuk mandi di tempat awam bagi Muslimah adalah T-shirt dan track suit atau lebih muda baju dan seluar sukan yang longgar dan mudah untuk kering.
![](https://static.wixstatic.com/media/27a735_3cc41d5b186946f28e01fb54600d0836~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_1444,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/27a735_3cc41d5b186946f28e01fb54600d0836~mv2.jpg)
Kalau anda semua nak tahu kan, pakaian renang yang berkonsep Burqini adalah ciptaan wanita kelahiran Australian-Lubnan , Aheeda Zanetti yang sedar akan wanita Muslim yang ingin berenang tetapi masih lagi mampu untuk menutup aurat. Maka, terhasillah yang dinamakan bersempena campuran kata buqa dan bikini iaitu Burqini.
Tetapi, menurut Zanetti pada tahun 2016, dianggarkan 40% pelanggannya adalah mereka yang bukan Muslim antaranya wanita-wanita daripada agama lain seperti Yahudi, Hindu, Kristian dan mereka yang mengalami masalah bentuk tubuh badan. Ini kerana mereka ingin menyembunyikan bahagian-bahagian yang tidak enak di pandang oleh orang lain.
Rekaan yang hanya menampilkan wajah, telapak tangan dan kaki ini berjaya dicipta pada 4 Disember 2005 setelah Zanetty melihat anak buah nya ketika bermain bola jaring tetapi memilih untuk memakai pakaian tradisional Muslimah dan bertudung. Dari situ, Zanetti merasakan, perlunya untuk beliau mereka pakaian sukan untuk Muslimah terutama pakaian renang.
haaaaaaa, menarik kan.
Pencipta baju renang ni adalah dalam kalangan orang Islam dan Wanita... Yeah!!! Tepuk tangan.
Tapi perlu lah di ingatkan untuk memilih pakaian sukan yang memang bersesuain dengan sukan dan bentuk badan. Barulah nampak betul Muslimah kannnnn!!!
Sumber: The Atlantic
Comments