top of page
Search

Caprice disihir? Tawar ganjaran tunai RM30,000

mangkuk13tingkat



Oleh: MARRY ANNE


Ariz Ramli atau lebih dikenali Caprice yang merupakan seorang rapper dan juga 'role model' kepada remaja mendakwa bahawa dirinya telah disihir.


Caprice telah memuatnaik video di laman Instagram miliknya dengan caption...

"Yo lain kali nak hantar barang, hantar yang ada tanduklah.. you better pray to the devil that i don't find you."

Menurutnya, dia yang baru sahaja pulang dari menonton movie terjumpa pelesit mati terbakar dengan terdapat rambut di dalam badan 'benda' tersebut di sekitar rumahnya.


Caprice turut berkongsi selain dirinya, rakan-rakannya turut terkena tempias dengan mengalami perkara-perkara pelik sejak kebelakangan ini.


Walaupun sukar mempercayai kejadian tersebut, namun Caprice hanya mahupun jawapan siapa yang menghantar 'benda' tersebut.


Caprice juga menawarkan ganjaran sebanyak RM30,000 kepada sesiapa yang mengetahui bomoh dan orang yang mengupah bomoh tersebut untuk menghantar 'benda' tersebut.


Menurut kepercayaan masyarakat melayu, pelesit dipercayai sebagai sejenis makhluk halus yang dipercayai oleh orang Islam sebagai mengalir dan menghantar isyarat sakit, suka duka dan sebagainya ke seluruh badan.


sumber: Instagram capriceofficial

22 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Post: Blog2_Post

©2019 by Mangkuk 13 Tingkat. Proudly created with Wix.com

bottom of page