Oleh: MaMiLah
Inginkan sesuatu yang selamat sebagai pengguna wanita?
Jauh daripada gangguan pemandu lelaki yang gatal?
Dengar pun dah seronok kan, rasa selamat, rasa terlindung dan tak perlu risau apa dah, sebab yela chu olz, sekarang manusia semakin gila kan.
Selamat untuk pengguna wanita yang tak memandu sendiri tapi nak guna e-hailing atau kereta sewa ke Grab apa semua tu, jadi Makcik Travels.com ni sesuatu yang baru untuk wanita di luar sana chu olzzzz!!!
Ada dua jenis kalau pengguna nak guna sama ada perlukan pemandu wanita sahaja atau pemandu dan menjadi peneman pun boleh.
Bolehlah mana-mana makcik di luar sana yang ada anak busy kerja ke, atau kekangan hujung-hujung waktu tak dapat temankan ke hospital ke, shopping ke, haaa guna je Makcik Travels.com ni, boleh membawang sekali!
Jalan-jalan dengan makcik untuk kanak-kanak pun hado... alahai seronok la kau dik, mak pak busy kerja, ada makcik yang boleh bawa pergi jalan-jalan... Zaman MaMiLah memang sendu tak hado semua ni!! hiks
Best kan!!! Benda baru macam ni la bagus.
Sumber: Instagram makciktravelshq dan sarah.anr
Comments