Oleh: Xaty XOXO
Mohammed bin Salman, Putera Mahkota Arab Saudi yang dahulunya dikenali kerana mempunyai paras yang kacak kini dikritik kerana seolah-olah tidak menjadi ikon pemimpin Islam yang baik kerana tidak mementingkan perihal umat Islam.
Kritikan terhadapnya menjadi semakin hebat apabila dia menyokong tindakan China yang menindas Muslim Uyghur dengan menahan dan memasukkan etnik ini di kem tahanan Uyghur.
"China mempunyai hak untuk menjalankan aktiviti anti-keganasan dan anti-ekstremis untuk mempertahankan keselamatan negara mereka," kata Mohammed bin Salman ketika perjumpaannya dengan Presiden China Xi Jinping.
Seperti yang dunia sedia maklum, China telah menahan kira-kira 1 juta Muslim Uyghur di dalam kem itu dengan alasan untuk 'mengajar semula' mereka cara hidup dan membanteras keganasan.
Meskipun Muslim Uyghur ini tidak menyertai mana-mana pasukan ketenteraan, mereka akan dimasukkan ke kem tahanan jika didapati membaca al-Quran, bersembahyang, berpuasa atau mengamalkan cara hidup Islam.
Selain dikatakan kem ini sebagai terlalu padat dan mempunyai infrastuktur teruk, terdapat banyak laporan tentang kematian, penderaan fizikal dan mental terhadap mereka yang masuk ke dalam kem tersebut.
Mohammed bin Salman walaubagaimanapun sebelum ini pernah dikritik kerana menjalinkan hubungan baik dengan Israel meskipun banyak dibantah oleh aktivis hak asasi manusia yang simpati dengan nasib Palestin.
Comments