top of page
Search

EXCITED gila bruh teme Abdullah dapat komen dari...

mangkuk13tingkat

Oleh: WongWedok

Antara komen-komen dan retweet daripada Tuanku Permaisuri

Perghhh.. excited betul teme Abdullah bila DYMM Raja Permaisuri Agong kita komen kat twitter dia. ye la kan sapa je yang tak excited Permaisuri kot, hahaha mahu tak tido malam dok teringat je..


Before aku bukak cerita ni mehh nak share sikit pasal bruh teme Abdullah ni. Dia lahir kat Selangor, belajar kat SBP Selangor.. memang budak Selangor betul ni.. HAHAHA. Bruh teme ni dah memang terkenal dengan bakat seni dia.


Tengok la ambil course apa geng.. budak seni bina kot confirm la berseni. Ohh ye.. untuk pengetahuan korang nama teme Abdullah ni mambawa maksud 'saya hanyalah hamba Allah'.

Antara hasil lukisan teme Abdullah


Budak bijak wei Si teme ni, dapat tajaan biasiswa untuk sambung belajar peringkat A-level lepas SPM.. Lepastu dia sambung degree kat United Kingdom kot. Bagus bruh ni pandai buat duit sendiri, dia dah publish 6 buah buku and buku pertama dia publish time dia study lagi.


Okay la cerita dia macam ni, as we know teme suka sangat melukis and dah jadi hobi dia pon. Ada la satu hari ni, dia terpikir nak lukis gambar Permaisuri Agong sempena Hari Kemerdekaan Malaysia.



Macam biasa dah lukis-lukis, share la kat twitter, and Instagram. dalam masa 1 jam tup tup dah 5000++ retweets weii.. famous betul bruh ni.. followers dia siap tag DYMM Raja Permaisuri Agong ramai-ramai. Serious bagi aku pon lawa wei potret tu..


Tanpa disangka.. Tuanku sendiri retweet and comment tweet bruh ni.. mengelabah member ni.. kesian reply komen Tuanku pon sampai typo-typo..


Dalam komen tu Tuanku Permaisuri bagitau yang baginda terharu dengan potret hasil lukisan tema ni. Antara komen tu,


" I am so touched n humbled ..... "
Tuanku dan saya cukup suka dengan gambar lukisan ini @itsteme... terima kasih!

Lepas kisah berbalas komen tu, akhirnya Tuanku Permaisuri minat nak simpan gambar tu.. so teme bagitau yang dia akan hantar potret tu kat istana... fuhhhh boekkk ahhh congrats bruh.. aku jeles weiii... hmmppp


Nak tau pasal bruh ni boleh la follow kat twitter and Instagram @itsteme baca jugak kat blog dia ehh.. tekan link ni http://temetemerity.blogspot.com/

Komen antara Tuanku Permaisuri dengan teme


91 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Post: Blog2_Post

©2019 by Mangkuk 13 Tingkat. Proudly created with Wix.com

bottom of page