top of page
Search

FASHA TEMUI KEBAHAGIAAN BARU

  • mangkuk13tingkat
  • Apr 1, 2019
  • 1 min read

OLEH: ETTX INCIRCLE



Fasha Sandha, 35, kini telah sah menjadi milik pelakon tampan Aidil Aziz dengan sekali lafaz. Perkahwinan yang menjadi impian Fasha selama ini telah menjadi kenyataan. Alhamdulillah… Cik Ti doakan yang baik-baik buat pasangan baru ini semoga kekal hingga ke Jannah.


Menurut Fasha dalam akaun Instagram miliknya (@fashasandha), dia dan suaminya akan mendahulukan keluarga mereka walau apa pun yang berlaku. Tindakan tersebut Cik Ti puji lebih-lebih lagi bila lihat anak-anak Fasha, Rayfal dan Raysha rapat dengan daddy baru mereka.




Dalam pada itu, bekas suami Fasha iaitu Jejai mengucapkan tahniah kepada pasangan ini menerusi akaun Instagram dan mendapat pujian dari netizen termasuk bekas isteri pertama Jejai, Nora Danish yang mendoakan agar Jejai bertemu jodoh dengan cepat. Cik Ti dapat tahu tarikh perkahwinan Fasha sama dengan tarikh perkahwinan Nora Danish bersama suaminya terkini. Apa-apa pun Cik Ti harap hubungan korang semua baik-baik je sampai bebila okay??


Credit Pic: @fashasandha

@rizalashramrnt

 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

©2019 by Mangkuk 13 Tingkat. Proudly created with Wix.com

bottom of page