Oleh: MaMiLah
![](https://static.wixstatic.com/media/27a735_b7e92b7529484347a9e4f21d49bbd8c4~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_670,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/27a735_b7e92b7529484347a9e4f21d49bbd8c4~mv2.jpg)
Biasa kalau bab HB rendah ni, kebanyakannya ibu hamil paling ramai yang mengalami simptom dan kekurangan segala zat besi.
Tapi, kalau anda bukan wanita hamil elok juga amalkan, barulah senang dan konsisten untuk menderma darah.... haaaa gittewwww
HB rendah ni maksudnya masalah kekurangan hemoglobin (Hb) darah dan kita perlu prihatin.
Kalau ibu hamil, masalah ini boleh membahayakan bukan sahaja bayi dalam kandungan tetapi ibu hamil itu sendiri, yela... tiba-tiba boleh pengsan tau...
Kemungkinan yang lain, bayi juga boleh dilahirkan awal (pramatang). Kepada ibu yang hamil itu sendiri, lepas melahirkan boleh mengalami kemurungan dan rahim lambat mengecut selepas sebaik sahaja kelahiran. Haaaaa, bahaya juga kan
Gejala lain macam cepat penat pun yeee, semua kerja jadi tak menjadi laaaa, lemah tubuh badan.
Sel darah merah ni tugasnya membawa oksigen ke tisu tubuh kita. Jadi memang sangat penting pantau HB kita.
Jadi, antara senarai makanan yang boleh di amalkan adalah
![](https://static.wixstatic.com/media/27a735_7035c24413c8454495def7a3f1e6bc8e~mv2.jpg/v1/fill/w_800,h_551,al_c,q_85,enc_auto/27a735_7035c24413c8454495def7a3f1e6bc8e~mv2.jpg)
1. Jambu Batu
Menurut kajian, buah jambu batu memiliki kandungan Vitamic C dua kali lebih banyak dripada oren dan disarankan untuk mengambilnya lebih kerap kenaran membantu penyerapan zat besi ke dalam tubuh.
![](https://static.wixstatic.com/media/27a735_1967dfe694e94c42aed0b31b6943803d~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_653,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/27a735_1967dfe694e94c42aed0b31b6943803d~mv2.jpg)
2.Tembikai
Kaya dengan Vitamin A membantu membaiki kesihatan mata dan juga sangat berkesan untuk meningkatkan jumlah sel darah merah.
![](https://static.wixstatic.com/media/27a735_2fbf2ad5df464de7b225123883f6f905~mv2.jpg/v1/fill/w_600,h_450,al_c,q_80,enc_auto/27a735_2fbf2ad5df464de7b225123883f6f905~mv2.jpg)
3. Sayuran Hijau
Sayur bayam antara yang digalakkan sekiranya mengalami HB yang rendah dan yang paling baik adalah bayam merah. Selain itu, boleh juga amalkan brokoli, kangkung, pegaga, pucuk paku, kailan dan sawi.
![](https://static.wixstatic.com/media/27a735_52517cb06ceb45d9a65842738a6314bd~mv2.jpg/v1/fill/w_858,h_585,al_c,q_85,enc_auto/27a735_52517cb06ceb45d9a65842738a6314bd~mv2.jpg)
4. Daging Merah
Kambing, kerbau dan lembu lebih kaya dengan protein dan mengandungi banyak zat besi serta mineral lain. Semua mineral yang terdapat dalam daging merah ini mampu meningkatkan hemoglobin dengan sangat cepat.
![](https://static.wixstatic.com/media/27a735_36b731871f4549bf9acb7ec827535f93~mv2.jpg/v1/fill/w_750,h_500,al_c,q_85,enc_auto/27a735_36b731871f4549bf9acb7ec827535f93~mv2.jpg)
5. Telur
Sangat membantu untuk menaikkan hemoglobin dalam badan kerana mengandungi protein, kalsium dan vitamin serta zat besi yang penting.
Ha, banyak kan makanan nya, tetapi, lagi banyak sebenarnya macam produk tenusu, kekacang dan bijiin dan pelbagai jenis buah-buahan. Nak tak nak je amalkan. Ini semua demi kebaikan kita semua.
Sekarang maklumat pun dihujung jari je kan, cari je dalam internet jumpalah segala maklumat macam mana nak naikkan hemoglobin dalam badan. Murah mahal semua terpulang kepada kita yang nak membelinya kan.
Sumber:Majalahpama.my
Comments