top of page
Search

Hotel Del Luna Malaysia - 'Hantu kat sini suke pindahkan guest hotel'

mangkuk13tingkat

Hotel Casuarina Inn Taiping yang dikatakan BERHANTU

Oleh: MARRY ANNE


Casuarina Inn merupakan hotel budget di Taman Tasik Taiping, Perak dan terletak bersebelahan penjara taiping. Namun, terpaksa ditutup sekitar Disember 2010 kerana dikatakan tidak lagi mampu menampung kos pengurusan.


Disinilah bermulanya kisah dimana Hotel ini dibiarkan terbiar tidak bertuan bertahun lamanya kerana pelbagai kisah seram dan misteri yang terjadi kepada pengunjung yang pernah menginap disitu. Keadaan bangunan tersebut sangat seram dan ianya adalah bangunan lama.


Casuarina Inn suatu ketika dahulu pernah dijadikan sebagai rumah rehat untuk kegunaan pegawai British sewaktu mereka menjajah Tanah Melayu pada satu ketika dahulu sebelum kita menyambut kemerdekaan dan ia juga pernah digunakan sebagai kem dan dorm untuk tentera British merehatkan diri dan tempat tinggal mereka buat sementara waktu.








Menurut seorang pengguna @the_khayalans di laman Twitter berdasarkan cerita orang yang pernah menginap kat hotel tu selalu kena diganggu.


Hantu kat situ ade satu perangai nih dia suke pindahkan org. Hang tidoq kat bilik hang, bangun kat luar bilik. Haa lebih kurang gitu la.

Menurutnya kawan ibunya yang sukakan aktiviti paranormal dan tidor kat sana semasa hotel tu dh tak beroperasi.

'Pakcik aku kate hotel ni tutup sbb takde org nak kerja kat situ plus guest yg tak berapa nak ade. So kwn pakcik aku dulu kerja receptionist kat situ.'

Menurutnya lagi, hotel ni sebelah penjara taiping dan Pekerja hotel tu selalu citer yang kalau ada orang kena gantung dan boleh dengar diorang menjerit sampai hotel tu.


dulu depa ade dok merancang nak bina cable car yg menghubungkan tempat ni ngan bukit larut. Tapi tak jdi sbb belom ape2 lagi org yg gi survey tempat dh kena kacau

Antara perkongsian pengalaman yang pernah singgah di hotel tersebut....


So siape yang berani sangat tu boleh la try menginap di hotel Casuarina Inn. Tapi kalau korang kena kacau dengan hantu-hantu kt situ bukan salah aku ye huhu~

113 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Post: Blog2_Post

©2019 by Mangkuk 13 Tingkat. Proudly created with Wix.com

bottom of page