Oleh: MaMiLah
Merupakan ciptaan penuh daripada Ustaz Nazrey Johani, Iman Mutiara diberikan nafas baru yang lebih segar dan sesuai la dengan trend muzik yang ada di pasaran sekarang.
Video klip terbaru Iman Mutiara 2019 boleh ditonton di Channel Youtube Inteam Digital yang baru sahaja dilancarkan.
Sebenarnya, lagu ini dilancarkan pada Konsert Amal Menggamit Memori bersama Nazrey Johani yang bertempat di Dewan Mu'adzam Shah, Universiti Utara Malaysia, pada tarikh 11/11/2019.
Sesiapa yang dengar mesti rasa rindu lagu-lagu nasyid lama dan rasa diri dah tua dah.... heheh... Rata-rata peminat pun memang rindu apatah lagi Ustaz Nazrey lama menyepi dalam bidang hiburan tanah air kerana lebih fokus kepada Pusat Tahfiz beliau di Ranau, Sabah.
Tapi, tak pe la kan, lagu Iman Mutiara ni dengan penangan suara Ustaz Nazrey masih lagi menusuk ke kalbu terus insaf tau chu olsss....
Ramai yang komen pun rindu nak dengar suara original daripada Ustaz Nazrey setelah keluar daripada kumpulan nasyid Raihan pada 2005 kerana fokusnya pada jalan dakwah.
Siapa yang tak tahu kehebatan Kumpulan Nasyid Raihan dulu sehingga mampu dijemput Ratu Elizabeth II untuk buat persembahan chu olz. Hebat kan...!!!?
Untuk dengar versi lama, korang boleh dengar kt Youtube juga. Senang je sekarang nak dengar lagu lama pun boleh.... Jom layan....
Commenti