Oleh: WongWedok
Heyy gais.. korang ingat lagi tak pasal Kerajaan Langit?? Ala yang ketua dia tu dipanggil Ayah Pin tu..
Okay.. baru-baru ni viral lagi video pasal ajaran sesat ni, yang menunjukkan pengikut-pengikut Ayah Pin masih ada dan aktif rupanya wei.. walaupun Ayah Pin ni dah mati tapi masih ada yang mengamalkan ajaran sesat dia.
Fuhhh lain macam la pengaruh ajaran ni... bila dengar cerita diaorang pasal ajaran ni memang macam kau kat alam lain la.. ala-ala cerita fiksyen macam tu.. hahaha
Apa yang peliknya, ajaran Ayah Pin ni bukan sahaja pengaruh orang Melayu je tau.. tapi ada jugak penganut Hindu yang memuja Ayah Pin dan menganggap dia sebagai dewa.
Ada jugak pengikut yang mengatakan dia pernah jumpa Ayah Pin kat Kerajaan Langit.. pastu siap pergi Mekah dengan Madinah lagi.. Dasyat kan cerita dia.. Nak dengar boleh tapi kalau nak percaya tu susah sikit.. sebab macam cerita dongeng je.. heeee
Hati-hati gais.. macam-macam ajaran yang dah tersebar meluas ni.. jangan terpengaruh sudah la ye.. takut terpesong je akidah.. mintak dijauhkan la ye..
Sumber: Twitter
Comments