top of page
Search

Isu panggilan 'hitam', ibu Haneesya Hanee buat laporan polis!

mangkuk13tingkat

Oleh: Abe Meoww

Susulan laporan polis yang dibuat, pihaknya dan Haneesya meminta agar pengguna akaun berkenaan membuat permohonan maaf dalam tempoh dua minggu. - Foto Instagram

IBU kepada pelakon dan model Haneesya Hanee, Nor Sakuraneeda nekad membuat laporan polis terhadap pengguna media sosial Twitter yang telah membuli anaknya dengan panggilan 'hitam'.

Kata Nor Sakuraneeda, tindakan itu atas tindakan keterlaluan dua pengguna akaun Twitter yang memperlekehkan Haneesya.



Dalam video berkenaan, Nor Sakuraneeda menyatakan individu terbabit menyamakan warna kulit anaknya dengan batu hitam yang terletak di Kaabah, Hajarul Aswad.

Malah, pengguna terbabit dikatakan menghina Haneesya dengan mengaitkan tempat tinggalnya di kawasan perumahan flat dan PPRT.


Tular juga di laman Twitter apabila ada netizen nakal yang bertindak menyunting foto Haneesya dengan pelbagai objek berwarna hitam termasuk hidangan bubble tea, kuih keria dan sebagainya.

Haneesya antara aktivis yang sentiasa aktif memperjuangkan hak kesamarataan terhadap individu yang memiliki kulit gelap.

Menerusi tinjauan Gempak, kedua-dua pemilik akaun Twitter berkenaan telah membuat permohonan maaf secara terbuka malam tadi.


Twitter HaneesyaHanee

Susulan laporan polis yang dibuat, pihaknya dan Haneesya meminta agar pengguna akaun berkenaan membuat permohonan maaf dalam tempoh dua minggu sebelum mengheret ke mahkamah.


Tular juga di laman Twitter apabila ada netizen nakal yang bertindak menyunting foto Haneesya dengan pelbagai objek berwarna hitam termasuk hidangan bubble tea, kuih keria dan sebagainya.

Haneesya antara aktivis yang sentiasa aktif memperjuangkan hak kesamarataan terhadap individu yang memiliki kulit gelap.

Menerusi tinjauan Gempak, kedua-dua pemilik akaun Twitter berkenaan telah membuat permohonan maaf secara terbuka malam tadi.


Mari kita baca permohonan maaf dari mereka berdua di bawah!






22 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Post: Blog2_Post

©2019 by Mangkuk 13 Tingkat. Proudly created with Wix.com

bottom of page