top of page
Search

Kenali warna ‘eyeshadow’ dan ‘blusher’ sesuai dengan jenis kulit anda.

mangkuk13tingkat




Menjelang Syawal tidak lama lagi, pasti kebanyakan wanita ingin tampil cantik dengan pakaian dan solekan “luar biasa” pada hari tersebut.


Namun solekan tersebut perlu diambil kira jenis dan warna kulit agar dilihat cantik dan sesuai.


Dengan solekan yang menawan sudah pasti aura seseorang wanita lebih menyerlah pada hari lebaran.


Solekan juga haruslah bermula dengan tarikan pada eyeshadow dan warna blusher yang digunakan.

PUTIH GADING / IVORY




Eyeshadow:

Sebaiknya pemilik kulit putih gading memilih warna-warna dari nuansa muda atau pastel (warna yang mengandungi unsur putih) untuk merias bahagian mata. Ini kerana warna-warna ini akan menjadikan wajah kelihatan natural dan segar (fresh look).

Kalau rasa inginkan kelainan, warna-warna seperti hijau, biru, coklat juga boleh digunakan selagi warna-warna tersebut berada dalam kelompok nada lembut atau pastel.


Blusher:

Suaikan blusher bertona pink (pink pucat, pink kecoklatan, pink pekat) atau peach pupus.


KUNING LANGSAT / COKLAT TERANG (NATURAL)




Eyeshadow:

Pilihan warna hangat seperti coklat, oren atau kuning tembaga dan keemasan paling sesuai untuk yang berkulit kuning langsat. Pilihan warna terang seperti hijau, merah bata, dan warna-warna sejuk seperti ungu gelap dan biru pun dapat menaikkan seri wajah bagi pemilik kulit ini.

Anda perlu hindari warna pastel atau warna yang banyak mengandung unsur putih.


Blusher:

Suaikan rona pipi berwarna pink muda seperti baby pink, peach, oren kecoklatan atau coklat mocha.


SAWO MATANG / COKLAT GELAP (BEIGE)




Eyeshadow:

Elakkan dari menggunakan warna-warna yang redup atau warna pastel. Sebaliknya riaskan mata dengan menggunakan warna-warna yang cemerlang dan pekat seperti oren, coklat, warna emas atau dari kelompok nuansa merah dan hijau yang terang.

Warna-warna ini akan membuatkan riasan wajah kelihatan moden dan tidak terlalu polos.


Blusher:

Sebaiknya gunakan dari merah plum, oren pekat, bronze atau warna coklat muda untuk menampakkan wajah yang segar.


KULIT GELAP / HITAM MANIS (TANS)




Eyeshadow:

Jangan pandai-pandai menggunakan warna eyeshadow yang terlalu terang. Cuba aplikasikan warna-warna yang berona agak gelap seperti deep copper, bronze, biru tua, purple tua atau wine.


Paduan warna ini akan memberikan kesan wajah yang lebih segar (fresh).

Warna-warna dari kelompok shimmer pun boleh digunakan untuk yang berkulit hitam manis seperti silver, gold atau terra-cotta.


Blusher:

Pemakaian blusher sebaiknya menggunakan warna dari kelompok oren (peach, aprikot, coral, & deep oren), deep rose atau plum dan wine. tapi kalau nakkan kesan lebih baik, gunakan blusher jenis powder.


KREDIT: FREE MALAYSIA TODAY (FMT)

3 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Post: Blog2_Post

©2019 by Mangkuk 13 Tingkat. Proudly created with Wix.com

bottom of page