top of page
Search

MANFAAT AL-KAHFI AMALAN YANG DITUNTUT

mangkuk13tingkat

Oleh: MaMiLah

Menurut Pengurus Bahagian Pengurusan Zakat, Wakaf dan Endowmen Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Murshidi Mohd Noor, berkata sesiapa yang mengamalkan membaca Surah al-Kahfi pada setiap malam Jumaat adalah amalan yang dan dituntut.


Kemungkinan masyarakat Melayu di Nusantara konsisten mengamalkan membaca Surah Yasin pada setiap malam Jumaat secara berjemaah memandangkan surah itu lebih pendek berbanding surah al-Kahfi.


Surah Yasin adalah ‘jantung al-Quran’ dan terdapat kelebihan bagi sesiapa yang membacanya manakala Surah al-Kahfi seeloknya dibaca secara individu kerana setiap orang mempunyai masa lapang yang berbeza.


Maka, Surah al-Kahfi boleh saja dibaca secara bersendirian di rumah bagi menghidupkan amalan sunah. Ia bertepatan dengan hadis lain yang menyarankan kita agar menghidupkan amalan sunah di rumah.


Pada malam Jumaat atau hari Jumaat memang disunatkan kita membaca Surah al-Kahfi berdasarkan hadis sahih daripada Nabi SAW antaranya,


Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Kaabah). (Riwayat ad-Darimi)

Membaca al-Quran adalah satu ibadat dan diberikan ganjaran pahala yang besar.

Umat Islam sentiasa digalakkan untuk melazimi membaca al-Quran tidak kira masa atau tempat.


Daripada Abdullah bin Mas’ud, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:


Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan ‘Alif Laam Miim’ satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf. (Riwayat al-Tirmizi)

Daripada perkongsian tadi dapatlah kita rumuskan bahawa, Surah sl-Kahfi mempunyai kelebihan dan manfaat untuk kita sebagai manusia, hamba Allah di muka bumi ini. Jom MaMiLah ajak semua orang kita hidupkan malam Jumaat dan hari Jumaat dengan bacaan surah al-Kahfi.




Sumber: hmetro.com

15 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Post: Blog2_Post

©2019 by Mangkuk 13 Tingkat. Proudly created with Wix.com

bottom of page