OLEH : IZZIE
![](https://static.wixstatic.com/media/27a735_9ea511025adf47eb9e506dffdeb28de5~mv2.jpg/v1/fill/w_804,h_452,al_c,q_85,enc_auto/27a735_9ea511025adf47eb9e506dffdeb28de5~mv2.jpg)
Alhamdulillah, penerbit dan pengarah, Michael Ang membuat pengakuan bahawa dirinya sudah memeluk Islam sejak setahun lalu.
Menurutnya, dia membuat pengakuan itu kerana tidak mahu masyarakat terus berteka-teki mengenai status agamanya, terutama apabila dia ke masjid untuk menunaikan solat.
Melalui satu video eksklusif yang dimuat naik di saluran YouTube Official Ria X, Michael Ang menyatakan bahawa baru sahaja bersedia untuk mendedahkan penghijrahannya itu kepada umum.
"Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim. Saya dah sedia memberitahu semua mengenai perkara ini. Sejujurnya, selama saya mendalami agama Islam, masih ada banyak perkara yang saya harus pelajari.
"Saya juga tidak mahu perkara ini diperbesarkan kerana perkara ini antara saya dan Allah. Doakan sahaja saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan segala tunjuk ajar. Semoga kita semua menjadi yang terbaik di mata Allah.
Comments