top of page
Search

MINGGU KESEDARAN STRES SEDUNIA

mangkuk13tingkat

Oleh: MARRY ANNE


Minggu kesedaran stres sedunia 4-8 November 2019 menekankan pengurusan stres di tempat kerja dan peribadi.


Stres yang tidak ditanggani dengan bijak dan dibiarkan berlanjutan, boleh mengganggu kesihatan mental anda. Stres adalah tindak balas emosi, fizikal dan mental akibat perubahan dalam sesuatu keadaan yang berlaku dalam kehidupan harian manusia.


Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa stres dibahagikan kepada dua kategori iaitu stres jangka pendek dan stres jangka panjang.


Stres jangka pendek merupakan tindak balas spontan tubuh badan terhadap apa-apa situasi yang mencabar, bahaya atau menakutkan. Tahap stres biasanya bergantung kepada beberapa faktor seperti tempoh stres yang dialami dan bagaimana individu tersebut menangani stres tersebut.


Stres jangka panjang pula selalunya dialami oleh mereka yang menghidapi stres yang berpanjangan. Stres seperti ini selalunya disebabkan oleh penyakit berbahaya atau masalah yang berpanjangan. 


Dalam kalangan masyarakat, kita sering memandang isu ini sebagai perkara biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Namun, tahukah anda ada jenis penyakit yang boleh disebabkan oleh stres hingga membawa maut?


Oleh itu dengan adanya kesedaran seperti 'minggu kesedaran stres sedunia' orang ramai lebih peka dan dapat tangani stres dengan bijak.




19 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Post: Blog2_Post

©2019 by Mangkuk 13 Tingkat. Proudly created with Wix.com

bottom of page