top of page
Search

Nenek tua dilanggar lori sewaktu melintas berpegang tangan bersama suaminya. Lebih sadis lagi bila..

mangkuk13tingkat

Gangotri Maharaj dan suaminya.

OLEH: DEPAK VERSI SKEMA


SYDNEY- "Kami betul-betul terkejut. Ibu kami terdampar mati atas jalan dan ayah kami parah di hospital sambil tak henti-henti tanya apa kejadian ini benar-benar berlaku," kata Gita Singh, anak perempuan kepada pasangan malang ini.


Gangotri Maharaj merupakan seorang wanita warga emas yang berusia 83 tahun. Namun pada Khamis lalu, sewaktu dia mahu melintas jalan bersama suaminya, mereka telah dilanggar oleh lori simen dan Gangotri maut di tempat kejadian.


Lebih menyayat hati, pasangan itu dilanggar sewaktu mereka sedang berjalan berpegangan tangan. Wanita warga emas itu terseret sehingga 15 meter sambil suaminya dengan sadis menyaksikan kejadian itu sambil berulang kali menjerit "Isteri aku, isteri aku".


Pasangan warga emas ini sepatutnya menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-61 pada hujung minggu ini.


Walaubagaimanapun, pemandu lori simen berkenaan menyatakan dia sendiri tidak sedar bahawa dia telah melanggar orang sehinggalah terdapat pejalan kaki yang menjerit kepadanya menyuruhnya berhenti.



4 views0 comments

Recent Posts

See All

コメント


Post: Blog2_Post

©2019 by Mangkuk 13 Tingkat. Proudly created with Wix.com

bottom of page