Oleh: MARRY ANNE
![](https://static.wixstatic.com/media/27a735_33cebfb82c5b416499023b15d61a9526~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_536,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/27a735_33cebfb82c5b416499023b15d61a9526~mv2.jpg)
Azab yang menimpa kaum Sodom, kaum Nabi Luth dikatakan hampir serupa dengan bencana yang menghancurkan Kota Pompeii, Itali. Bezanya, Kota Sadom diceritakan oleh Tuhan di dalam Al-Quran namun kota Pompeii pula ditinggalkan sebagai bukti kekuasaan Tuhan agar kita dapat melihat bagaimana pengakhiran orang-orang menyimpang ini.
Pompeii yang juga dikenali sebagai ‘kota maksiat’ ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1748 oleh sejumlah arkeologi yang mencari artifak berharga di wilayah Campania, sebelah tenggara kota Napoli, Itali.
Misteri kehilangan Kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar. Lebih mengejutkan lagi artifak yang ditemui bukan hanya tembikar dan barang kuno malah terdapat puluhan jasad dalam keadaan yang mengejutkan.
![](https://static.wixstatic.com/media/27a735_2503eb6257fd4deb8c3ce2339690a4dc~mv2.jpg/v1/fill/w_540,h_360,al_c,q_80,enc_auto/27a735_2503eb6257fd4deb8c3ce2339690a4dc~mv2.jpg)
Pelik tapi inilah yang terjadi. Jasad-jasad yang ditemui tubuhnya berada dalam posisi sedang melakukan persetubuhan dan yang menghairankan adalah sejumlah pasangan yang ditemui mempunyai alat kelamin yang sama dengan kata lain, mereka melakukan hubungan seks sesama jenis (homoseks).
Namun mayat yang dijumpai masih berada dalam keadaan utuh tanpa sebarang kerosakan bahkan kita dapat melihat dengan jelas raut wajah warga Pompeii yang ketakutan ketika menghadapi maut seolah-seolah bencana yang terjadi datang secara tiba-tiba dan dalam masa yang singkat. Mayat-mayat itu mengeras dan secara sempurna diawetkan oleh abu.
![](https://static.wixstatic.com/media/27a735_a7d4f8fb30374006bde2f18183d3a00a~mv2.jpg/v1/fill/w_810,h_545,al_c,q_85,enc_auto/27a735_a7d4f8fb30374006bde2f18183d3a00a~mv2.jpg)
Gunung Vesuvius atau turut dikenali “The Mountain of Warning” merupakan simbol negara Itali, khususnya Kota Naples. Lava gunung Vesuvius menghapuskan kota tersebut dalam sekelip mata dari peta bumi.
![](https://static.wixstatic.com/media/27a735_d973153ba7354693b65ceb3f85461beb~mv2.jpg/v1/fill/w_900,h_598,al_c,q_85,enc_auto/27a735_d973153ba7354693b65ceb3f85461beb~mv2.jpg)
Dan apa yang menarik daripada peristiwa ini, tiada seorang pun yang terselamat daripada keganasan letusan Vesuvius. Dipercayai, penduduk di kota tersebut tidak mengetahui akan terjadinya bencana yang secara mengejut itu kerana wajah mereka kelihatan berseri-seri.
Daripada penemuan yang dijumpai, dipercayai bahawa Pompeii sebuah kota terkaya dan merupakan kawasan elit bagi orang Romawi di zaman kuno dan setiap kemudahan dan kemewahan yang mengelilingi anda dimana tidak seperti kota-kota lain pada zaman itu.
Pompeii merupakan pusat penzinaan dan homoseks sehingga dikenali sebagai syurga bagi homoseksual. Namun, hanya dalam masa yang singkat sehingga akhirnya kota yang indah ini terkubur dibawah abu vulkanik dan batu-batuan.
Penduduk Pompeii pada ketika itu dikatakan mengamalkan kepercayaan ‘Mitra’ yang dipercayai hubungan seksual tidak seharusnya dilakukan di tempat yang tersembunyi tetapi mestilah dilakukan di tempat yang terbuka. Jadi tidak hairan jika Pompeii dikenali sebagai ‘kota maksiat’.
![](https://static.wixstatic.com/media/27a735_0a31201050e54a90a59c570db26b5965~mv2.jpg/v1/fill/w_970,h_452,al_c,q_85,enc_auto/27a735_0a31201050e54a90a59c570db26b5965~mv2.jpg)
Dengan hancurnya Kota Pompeii dan Sodom telah menjadi bukti kebesaran Allah yang menurunkan azab ke atas umatnya yang tidak beriman. Seiring dengan kemajuan dunia teknologi pada masa kini, ancaman kaum LGBT (Lesbian, Gay, Bisex dan Transgender) merupakan sebuah penyakit yang berkembang pada zaman kini.
Adakah kita juga perlu menunggu azab seperti kaum Nabi Luth dan masyarakat Pompeii barulah kita sedar dari kelalaian dunia?
Seperti yang tertulis dalam surah Al-A’raf ayat 96:
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi jika mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.”
Comentários