top of page
Search

Qizai, satu-satunya beruang Panda berwarna coklat!

  • mangkuk13tingkat
  • Sep 30, 2019
  • 1 min read

Oleh: MARRY ANNE


Beruang Panda unik yang berwarna berwarna putih + coklat ini dipercayai dibuang ibunya semasa berusia 2 bulan kerana warnanya berbeza dari beruang panda yang lain.


Panda yang diberikan nama Qizai ini dijumpai di Pergunungan Qingling, China Tengah.


Qizai yang bermaksud 'anak ketujuh' dijumpai sebagai bayi yang lemah dan diabaikan. Panda berwarna coklat tersebut turut mengalami masa kecil yang sukar selepas ditinggalkan ibunya. Qizai selalu dibuli dan makanannya selalu dicuri oleh panda yang lain


Oleh kerana Qizai satu satunya beruang panda berwarna coklat, Qizai mendapat perhatian dunia dan hari hari sedihnya telah berakhir. Kini panda coklat menjadi selebriti dunia haiwan!


Qizai menikmati kehidupan yang baik di Lembah Panda Foping


Qizai kini mempunyai penjaga peribadi, untuk memastikan Qizai mempunyai perut penuh, selamat dan kuat. Panda comel itu kini mempunyai berat lebih 220 pound dan makan sekitar 44 pound buluh setiap hari

Dia lebih lambat dari panda lain, kata penjaga Qizai.

Menurut para Saintis, panda ini mengalami perubahan genetik yang menyebabkan bulunya berwarna coklat. Sekiranya anda mahu pergi dan berkata 'hello' kepada Qizai, anda tahu di mana hendak mencari dia ...





 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

©2019 by Mangkuk 13 Tingkat. Proudly created with Wix.com

bottom of page