![](https://static.wixstatic.com/media/27a735_31a5513d306b4e58a43cab7b8663a594~mv2.jpg/v1/fill/w_835,h_625,al_c,q_85,enc_auto/27a735_31a5513d306b4e58a43cab7b8663a594~mv2.jpg)
Oleh: Depak Versi Skema
"Kami taknak orang awam buat benda ni cuma sebab polisi. Ofis saya akan sediakan poster untuk operator menggalakkan supaya pengguna secara sukarela berhenti gunakan beg plastik,"ini kata-kata pengarah Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Bon Poh.
Bermula 1 Julai tahun ini, Pulau Pinang tidak akan bertoleransi lagi dengan plastik di kedai-kedai meskipun pengguna membayar 20 sen.
Lantaran itu, Pulau Pinang menjadi negeri pertama di Malaysia yang memberhentikan dengan serta merta penggunaan plastik secara total dan menjadi teraju negeri sifar plastik.
Menurut data, kerajaan Pulau Pinang dilaporkan telah mengutip RM8.9 juta caj beg plastik sejal 2009 hingga bulan Mac tahun ini. Kesemua caj beg plastik itu disalurkan untuk program ekonomi di bawah Agenda Ekonomi Saksama untuk rumah berpendapatan rendah.
P/s: Undang-undang kena bayar 20 sen beg plastik ni umpama kau kononnya nak jaga alam sekitar tapi bila orang bayar kau, kau dah tak jaga alam sekitar dah. Terus kau benarkan orang guna beg plastik. Bagi aku ni undang-undang kapitalis, orang berduit tak payah nak berkorban jaga alam sekitar. Kah!
Comments