top of page
Search

"Simpan lauk cara saya" wanita bekerjaya kongsi tips cara penyimpanan dalam peti ais.

mangkuk13tingkat

Oleh: MaMiLah


Cantik kan... kemas dan teratur je cara penyimpanan lauk bahagian sejuk beku.


So, hari ni MaMiLah nak kongsi daripada Facebook Naeamah Balqis yang berkongsi dengan pengikut dia macam mana cara dia simpan segala lauk pauk mentah. Bukan sahaja ayam, ikan tetapi, segala sotong udang dan sayuran pun wanita bekerjaya ni ada tunjuk siap gambar dan tips skali.


Seperti yang diberitahu dalam status yang dimuat naik dalam Facebook tu, bukan sahaja cara simpan lauk, tapi wanita ni juga siap siap dah pesan bekas yang digunakan bukanlah daripada jenama terkenal tetapi yang mur mur murah jeeee...


Tip pertama dia masukkan lauk dalam satu bekas. Macam ayam, udang, sotong dan ikan Naeamah akan letakkan air sampai tutup paras lauk simpan tempat beku bagi mengekalkan kesegaran lauk tu.


Sebelum tu, kena pastikan, dah basuh siap-siap dan bersihkan lagi mudah untuk masak nanti.

Tip kedua ni untuk sayur macam halia, lengkuas, serai letak air sampai tutup sayur.


Cili hijau, limau, bawang putih, bawang merah, daun sup, kacang panjang, cili merah, carrot, timun, petai, kobis, sawi jepun, bunga kobis dan brokoli boleh letakkan tisu bahagian bawah bekas untuk serap air yang akan menitis dalam bekas sebab letak dalam peti ais kan. Ini untuk tahan lama.


Tapi, untuk yang jenis berdaun hijau, lebih baik di simpan dalam masa seminggu sahaja sebab sayur hijau cepat dan mudah rosak.


Berguna kan untuk sesiapa yang baru nak berjinak jinak dalam penyimpanan dalam bekas untuk disimpan di dalam peti ais untuk lebih kemas dan cantik mata memandang... Gitchewwww....



Sumber: Facebook Naeamah Balqis

86 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Post: Blog2_Post

©2019 by Mangkuk 13 Tingkat. Proudly created with Wix.com

bottom of page