Teringin nak 'feeling ala-ala overseas'?
- mangkuk13tingkat
- Mar 1, 2019
- 1 min read
Oleh : Izzie

Mesti ada yang tak tahu dekat Pahang ada tempat ala-ala overseas kan? Yang teringin pergi tempat ala-ala overseas dekat Malaysia ni boleh la berkunjung ke Berjaya Hills. Tak jauh pun dari KL. Hanya mengambil masa 45 minit sahaja.
Ada apa dekat Berjaya Hills ni? Dekat sini ada sebuah resort bertemakan Perancis yang indah dengan persekitaran fantasinya. Resort ini dinamakan Colmar Tropicale sempena bandar Colmar di rantau Alsace di barat laut Perancis.
Colmar Tropicale ini terletak pada ketinggian 2,700 kaki dari paras laut di tengah hutan hujan semulajadi 80 ekar di Bukit Tinggi, Pahang.
Dipenuhi dengan bangunan bandar lama dengan binaan kayu dan seni bina unik seperti salah sebuah perkampungan di Perancis pada abad ke-16.
Pemandangan yang unik ini pastinya mengagumkan hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini.
Selain itu, ada Japanese Village juga tau. Korang yang teringin merasai ala-ala Jepun tu boleh la singgah ke Japanese Village.
Menarik kan? Korang yang suka tempat-tempat cantik dan kaki bergambar tu, bolehlah bawa family, partner dan kawan-kawan korang datang sini.
Comments