Oleh: MaMiLah
![](https://static.wixstatic.com/media/27a735_2345a8727f2f4ef3a71bc0bf0842d0a7~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_980,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/27a735_2345a8727f2f4ef3a71bc0bf0842d0a7~mv2.jpg)
Kalau bab yang satu ni, MaMiLah memang cukup anti betul...
Katanya, sekarang trend dalam kalangan selebriti di Malaysia terutama golongan pelawak mempromosi secara terbuka di media sosial masing-masing chu olzzzz siap dengan pelbagai perisa hadooo...
Ramai la yang dok kritik kecam tindakan Nabil kerana khuatir akan mempengaruhi kanak-kanak dan remaja yang meminati Nabil.
"Saya bukan berniat mahu mempengaruhi orang luar untuk menghisap rokok elektronik yang dipanggil vape ini.
"Isu menyokong atau mempengaruhi adalah satu perkara subjektif dan saya tidak menjual kepada pelajar tapi pada golongan dewasa dan semestinya orang-orang yang sudah lama dalam industri vape ini," katanya lagi.
![](https://static.wixstatic.com/media/27a735_83d9806ff6e1437eb0da762c0129603c~mv2.jpg/v1/fill/w_538,h_448,al_c,q_80,enc_auto/27a735_83d9806ff6e1437eb0da762c0129603c~mv2.jpg)
Perkara rokok tradisional dan elektronik ni tetap mendatangkan bahaya kalau nak kona mana mana pun, tetap adalah bahaya. Dan, bahayanya adalah sama...
Menurut Pengarah UMCares, Pusat Komuniti dan Kemampanan Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Amer Siddiq Amer Nordin berkongsi pendapat kajian mengenai isu penggunaan vape.
Katanya, pelbagai masalah kesihatan boleh timbul daripada penggunaan vape kerana bahan yang ada di dalamnya seperti nikotin dalam rokok elektronik.
Nikotin adalah bahan yang mendatangkan ketagihan dan amat membimbangkan sekiranya kanak-kanak dan remaja yang ketagihan di usia yang muda.
Propalina glikol (PG) dan diethyl adalah bahan di dalam vape yang mampu memberi kesan terhadap kesihatan penggunanya seperti barah walaupun kuantiti yang sedikit dan tidak selamat.
Vape juga bukan satu alternatif merawat ketagihan merokok bahkan ada kajian menunjukkan jika seseorang tidak berhenti dalam masa dua tahun menggunakan rokok elektronik, vesar kemungkinan individu itu akan terus menggunakannya dan mengalami ketagihan vape pula.
Nampak! Kenyataan daripada Prof Dr Amer Siddiq pun dah jelas kan chu olzzzz... Buruknya sama je dan takde bukti 100 peratus pun vape lebih selamat daripada rokok.
Ada yang mati sebab vape ni adalah.... meh MaMiLah kongsikan berita daripada akhbar
Pandangan daripada doktor lain juga menyatakan vape memudaratkan kesihatan.
Dan di Malaysia pun dah keluarkan fatwa yang menjelaskan penggunaan rokok dan vape ni.
Jom, amalkan gaya hidup sihat dan bagi contoh yang baik untuk generasi yang akan datang agar lebih mementingkan kesihatan dan jauh daripada pengaruh vape atau rokok.
Sumber: mhetv, FB Lupk, Berita Harian, MetroOnline, MuftiSelangor, Jakim, UtusanOnline, Doctoroncall, MStar.
Comments