top of page
Search

[VIDEO] Boikot atau Utamakan?

mangkuk13tingkat




Oleh: MaMiLah


Kempen yang masih diteruskan oleh hampir 1.5juta pengikut ini masih mendapat sambutan yang menggalakkan pembelian sesama Muslim.


MaMiLah dah tonton la kan video tu, dan baca la posting daripada group Facebook #BMF ni kan... Okeyla, bagus la tu kan.


Menurut Afyan Mat Rawi dalam video bersama ML Studios ni kan, beliau bagitahu la kt kita ni warganet yang buta2 percaya dengan media-media di luar sana yang putar belit kempen ni bahawa usahanya adalah untuk boikot habis-habisan produk dan servis daripada non-Muslim.


Namun, lebih kepada mempertimbangkan untuk membeli produk atau servis yang diusahakan oleh orang Muslim dahulu.


Bukan apa, orang Muslim pun bukan ramai cipta segala produk ka servis apa bagai kan. Jadi, boleh je lah beli apa yang sesuai daripada produk non-Muslim ni, hokey sajoooo!!!


Apatah lagi kerajaan juga memperkenalkan #SokongProdukTempatan buatan Malaysia, jadi, kita pakat-pakat la sebagai pengguna beli ikut keperluan, kemampuan apa semua kita kan.


Yang penting, kau jangan la caci maki kempen macam esok hari takde!!! apooooo!


Antara lain, kempen #BMF juga adalah satu usaha untuk mempertingkatkan ekonomi dalam kalangan orang Islam di Malaysia khususnya.






6 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Post: Blog2_Post

©2019 by Mangkuk 13 Tingkat. Proudly created with Wix.com

bottom of page