![](https://static.wixstatic.com/media/27a735_be464d49d98144d99038ecdd4479476a~mv2.jpg/v1/fill/w_660,h_330,al_c,q_80,enc_auto/27a735_be464d49d98144d99038ecdd4479476a~mv2.jpg)
Oleh: MARRY ANNE
Dua lelaki ditahan dalam kaitan berhubung pembunuhan kejam dua wartawan aktivis Indonesia yang menjadi orang tengah dalam pertelingkahan tanah antara sebuah syarikat minyak sawit dan penduduk tempatan
Menurut AFP, polis menahan dua suspek dan memburu empat lain, menambah suspek mungkin berdepan hukuman mati jika didakwa dan didapati bersalah kerana membunuh.
Mayat Maraden Sianipa dan Maratua Siregar ditemui dengan pelbagai kecederaan tikaman pada Rabu lalu, di dalam parit dekat ladang kelapa sawit di daerah Labuhan Batu.
kedua-dua wartawan terbabit terlibat dalam menyelesaikan isu membabitkan pertikaian tanah.
Menurut ketua detektif tempatan Jama Kita Purba, motifnya adalah dendam dan dikaitkan dengan pertelingkahan tanah ladang sawit. Kami masih menyiasat butirannya.
Kedua-dua wartawan tersebut, bekerja bersama untuk portal berita dalam talian tempatan sebelum bekerja secara bebas pada 2017.
Comments